Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Minat guru pelatih dalam ICT

Abu Bakar, Zainudin and Ghazali, Mohd. Izam and Dali, Hassani and Md. Ali, Ruzlan (2007) Minat guru pelatih dalam ICT. In: Kemahiran ICT dikalangan guru pelatih IPTA Malaysia. Penerbit UTM , Johor, pp. 57-66. ISBN 978-983-3718-40-5

Full text not available from this repository.

Abstract

Senario pendidikan kini amat memerlukan guru-gurupelatih yang berijazah lebih kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Kreatif bennaksud kebolehan seseorang mencipta, menghasilkan dan memperkembangkan sesuatu. Inovatif pula ialah kebolehan seseorang untuk memulakan sesuatu yang barn sama ada dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan atau sebagainya. Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat dengan pembelajaran guru.Malah ketandusan inovasi dan pembaharuan yang berterusan dalam mana-mana subjek di sekolah menyebabkan pelajar merasakan sesuatu subjek itu stereotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan (PPM, 2004). Oleh itu gum pelatih harus memilih kaedah pengajaran dan pembelajarn yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar, merangsang pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial, moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa penting untuk dipelajarai serta berguna untuk masa hadapan. Justeru, satu anjakan paradigma hams dilakukan untuk menjadikan guru-guru pelatih minat dalam teknologi komunikasi dan informasi dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Minat dalam teknologi komputer boleh dilihat meliputi minat seseorang guru pelatih itu berhubung dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan sejarah perkembangan komputer, bagaimana komputer berfungsi, pengaturcaraan program komputer, penghasilan koswer multimedia, penilaian koswer komersial, aplikasi komputer untuk tujuan pengajaran dan/atau pembelajaran, keselamatan data dalam komputer serta undang-undang hak cipta. Semua perkara yang dinyatakan di atas adalah penting sekiranya seseorang itu boleh dianggap sebagai memiliki ketrampilan yang tinggi dalam teknologi komputer. Justeru guru pelatih perlu melengkapkan din dengan perkara-perkara tersebut dengan bersungguh-sungguh. Kesediaan guru-gum yang dilahirkan tidak hanya terhad kepada keupayaan menggunakan Teaching Courseware atau 850 On the Shelf Courseware yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia malah berperanan membantu mencapai dasar utama Kementerian Pelajaran berkaitan teknologi komunikasi dan informasi dalam pendidikan iaitu "memastikan semua pelajar celik ICT; mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan, sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran; dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan" (KPM, 2006). Walau bagaimanapun, pembelajaran yang bertonggakkan minat yang mendalam tentunya bukan sahaja •memudahkan bakal guru mengikuti sesi-sesi pembelajaran berkenaan, malah dengan minat juga dapat memastikan kecekalan dan kemahuan yang berterusan untuk terus mempelajari dan menguasai ilmu yang dipelajari.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13567
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:10 Aug 2011 01:13
Last Modified:08 Aug 2017 08:13

Repository Staff Only: item control page