Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengapa remaja terlibat dengan aktiviti gengsterisme

Hashim, Shahrin (2007) Mengapa remaja terlibat dengan aktiviti gengsterisme. In: Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja. Penerbit UTM, Johor, pp. 108-125. ISBN 978-983-52-0527-9

Full text not available from this repository.

Abstract

Remaja merupakan golongan perantaraan antara yang muda dengan dewasa. Peringkat umur remaja dianggap golongan pendesak, pewaris khazanah dan harapan setiap bangsa dan negara.Remaja akan mengalami masa peralihan iaitu tanpa memikul sesuatu tanggungjawab , kini menuju kepada usia dewasa yang sibuk denganpersaingan dan perjuangan untuk kepentingan hidup. Pada hakikatnya, sedang mereka sibuk berjuang dalam diri, kini berhadapan pula dengan keadaan sekitar yang kurang serasi, penuh kontradiksi dan ketidakstabilan yang mana akhirnya akan menyebabkan remaja memiliki kelainan-kelainan kelakuan hingga membahayakan diri mereka jika tidak dibantu. Ramai remaja yang tidak sanggup menumpukan perhatian terhadap pelajaran, hilang daya tumpuan, malas belajar, patah semangat dan kecewa. Hasil dari senario ini, maka ramai pulalah remaja yang akan berkelakuan yang boleh membahayakan diri, terperangkap dalam salah laku dan mengancam ketenteraman masyarakat; contohnya terlibat dengan aktiviti gengsterisme.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13559
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Aug 2011 21:45
Last Modified:09 Aug 2011 21:45

Repository Staff Only: item control page