Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan proses pengajaran di kalangan guru kejuruteraan awam di sekolah menengah teknik

Yahaya, Azizi and Siew Hee, Wong (2007) Keberkesanan proses pengajaran di kalangan guru kejuruteraan awam di sekolah menengah teknik. In: Isu-Isu Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penerbit UTM, Johor, pp. 1-19. ISBN 978-983-52-0519-4

Full text not available from this repository.

Abstract

Pengajian Kejuruteraan Awam bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas bidang bidang kejuruteraan awam kepada pelajar (BKTV, 2003). Walaupun terdapat pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran telah dipelajari oleh guru semasa menjalani latihan di universiti atau maktab perguruan tetapi isu mengenai pengetahuan dan kemahiran guru dalam sesuatu bidang masih dalam peringkat kajian dan penerokaan. Rata-rata pendidik berpendapat bahawa pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang penting dalam keberkesanan pengajaran seseorang guru. Mata pelajaran Kejuruteraan Awam sangat memerlukan pengetahuan dan juga kemahiran terutamanya dalam mengendalikan peralatan dalam bengkel. Tetapi sekadar adanya kemahiran dan pengetahuan masih tidak memadai dalam menjalankan proses pengajaran dengan berkesan. Jadi personaliti guru tersebut adalah sangat penting dalam memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran ini. Selain itu, persediaan guru merupakan satu komponen yang tidak terkurang dalam proses pengajaran. Pengajaran tanpa persediaan akan menghasilkan pengajaran yang kurang berkesan.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13543
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Aug 2011 21:41
Last Modified:09 Aug 2011 21:41

Repository Staff Only: item control page