Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel vokasional

Hashim, Shahrin and Azizi, Nurul Ezzati and Sharudin, Siti Atiqah (2007) Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel vokasional. In: Isu-Isu Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penerbit UTM , Johor, pp. 104-141. ISBN 978-983-52-0519-4

Full text not available from this repository.

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang penting untuk menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pengajaran berkesan dilihat sebagai suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang akan mengubah tingkah laku seseorang pelajar secara kekal. Perubahan tingkah laku seseorang pelajar dapat dilihat dari segi kefahaman dan kemahiran yang mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku atau pun semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru. Selain itu, pengajaran berkesan juga ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar (Hunter, 1995 dalam Esah, 2003). Jika pelajar itu sendiri mempunyai kesedaran terhadap pengetahuan mereka, sudah tentu objektif pengajaran akan dapat dicapai dengan jayanya serta memudahkan pengajaran berlaku di dalam kelas atau pun bengkel.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13534
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Aug 2011 01:17
Last Modified:09 Aug 2011 01:17

Repository Staff Only: item control page