Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Juvana di Malaysia

Boon, Yusof and Azizi, Nurul Ezzati (2007) Juvana di Malaysia. In: Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja. Penerbit UTM , Johor, pp. 28-60. ISBN 978-983-52-0527-9

Full text not available from this repository.

Abstract

Kebelakangan ini negara kita dikejutkan dengan kejadian rogol yang membabitkan remaja lelaki. Dalam satu kes kejadian rogol dan pembunuhan, seorang remaja iaitu Nurul Hanis Kamil yang berumur 16 tahun, berasal dari Melaka ditemui tertiarap dalam kawasan semak berhampiran rumahnya dipercayai dilakukan oleh remaja lelaki yang berusia 17 tahun. Dua hari kemudiannya, mayat bogel Siti Nadirah Budah yang berusia lima tahun ditemui tertanam dalam paya di Sandakan, Sabah. Suspek yang terlibat juga berusia 17 tahun. Walau bagaimana pun, mereka bukanlah yang paling muda memandangkan pada bulan Oktober tahun 2000, seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun di dakwa di mahkamah kerana merogol dan membunuh Nor Shuhada Burak yang baru berusia enam tahun. Apakah yang mendorong golongan muda ini melakukan jenayah seperti ini? Nampaknya, remaja masa kini semakin ganas serta berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13532
Deposited By: Mrs Liza Porijo
Deposited On:09 Aug 2011 01:12
Last Modified:09 Aug 2011 01:12

Repository Staff Only: item control page