Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Institusi pemulihan juvana

Yahaya, Azizi (2007) Institusi pemulihan juvana. In: Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja. Penerbit UTM , Johor, pp. 61-94. ISBN 978-983-52-0527-9

Full text not available from this repository.

Abstract

Masalah salah laku remaja semakin meruncing apabila peranan masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup kuat pengaruhnya, kini terpinggir dan terhakis terus peranan sebagai sebahagian daripada ejen pembentukan masyarakat bermoral. Mereka tidak lagi berani untuk menegur dan menasihati golongan remaja dan pelajar sekolah bermasalah kerana bimbangkan kesan negatif yang mungkin menimpa diri mereka. Sebagai satu lanjutan kepada proses sosialisasi, sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri individu yang bertujuan untuk meninggikan lagi kemampuan atau kebolehan individu supaya berfungsi sebagai anggota masyarakat. Ia harus dapat membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan alasan inilah, pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13525
Deposited By: Mrs Liza Porijo
Deposited On:15 Aug 2011 05:35
Last Modified:15 Aug 2011 05:35

Repository Staff Only: item control page