Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu elektif sains pertanian

Saud, Muhammad Sukri and Buntat, Yahya and Hamzah, Hazmah (2007) Faktor mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu elektif sains pertanian. In: Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penerbit UTM , Johor, pp. 33-50. ISBN 978-983-52-0530-9

Full text not available from this repository.

Abstract

Adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Perubahan dan penyesuaian bidang pendidikan, menjadi faktor utama membentuk atau melahirkan generasi masa hadapan yang mahir dalam bidang sains dan teknologi. Keperluan sumber manusia merupakan cabaran yang besar kepada latihan teknik dan vokasional. Pertumbuhan di dalam sektor ekonomi dan industri Malaysia amat bergantung kepada keupayaan kita untuk mempertahankan kadar produktiviti yang tinggi dan daya saingan di arena antarabangsa. Daya saingan dan produktiviti industri bergantung pula kepada kewujudan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir, berketrampilan dan bermotivasi tinggi. Oleh yang demikian perubahan penggunaan teknologi mudah kepada teknologi yang lebih maju di perlukan untuk tujuan tersebut. Objektif asas reformasi dalam pendidikan adalah untuk menentukan negara dapat mengeluarkan warga yang mampu menghadapi cabaran ekonomi dan teknologi baru dunia tanpa membelakangkan unsur pengukuhan spiritual serta budaya bangsa (Johari Mat, 1998).

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:13464
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:08 Aug 2011 03:55
Last Modified:08 Aug 2011 03:55

Repository Staff Only: item control page