Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pelajar terhadap keberkesanan kelas tambahan di sekolah: sejauhmanakah berkesan?

Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaludin (2011) Persepsi pelajar terhadap keberkesanan kelas tambahan di sekolah: sejauhmanakah berkesan? Journal of Science & Mathematics Education . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
52kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Tingkatan Empat terhadap keberkesanan kelas tambahan di sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada 387 responden dari dua belas buah sekolah menengah teknik dan berasrama penuh di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak iaitu kelompok atas kelompok dan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibina oleh penyelidik sendiri. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 20 orang responden dari Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri dan Sekolah Tun Fatimah untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Hasilnya, didapati nilai kebolehpercayaannya adalah 0.894. Data dianalisis berdasarkan kepada deskriptif (min, peratusan, frekuensi dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian-t, ANOVA dan Pearson). Hasil kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan kelas tambahan di sekolah berdasarkan persepsi pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jantina dan jumlah pendapatan bulanan keluarga dengan tahap keberkesanan kelas tambahan. Sementara itu, terdapat perbezaan antara lokasi tempat kediaman dan jenis aliran terhadap keberkesanan kelas tambahan serta terdapat perbezaan antara sikap pelajar terhadap pendidikan tertinggi ibu dan bapanya.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13434
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Aug 2011 15:24
Last Modified:12 Sep 2017 01:25

Repository Staff Only: item control page