Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap literasi sains di kalangan pelajar tingkatan empat sekolah aliran agama di Daerah Hilir Perak, Perak

Ibrahim, Mohd Ali and Mohd Aspar, Nor Hafiz (2011) Tahap literasi sains di kalangan pelajar tingkatan empat sekolah aliran agama di Daerah Hilir Perak, Perak. Journal of Science and Mathematics Education, 2 . pp. 102-112. ISSN 2231-7368

[img]
Preview
PDF
204kB

Official URL: http://proedujournal.com

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan konsep dan aplikasi sains dalam kehidupan pelajar tingkatan empat aliran agama. Responden kajian terdiri daripada 131 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah di daerah Hilir Perak, Perak. Alat kajian terdiri daripada satu set borang soal selidik dengan nilai kebolehpercayaannya ialah ? = 0.813. Hasil analisis menunjukkan bahawa min tahap pengetahuan sains ialah 2.77 dan min aplikasi sains ialah 2.66. Ini menunjukkan tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains berada pada tahap yang tinggi. Hasil ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti antara lelaki dan perempuan dalam tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains dalam kehidupan (p > 0.05 ). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti terhadap tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains dengan kumpulan pencapaian gred PMR pelajar baik dan pelajar lemah (p < 0.05). Kolerasi Pearson pula menunjukkan perkaitan yang signifikan antara pengetahuan sains dan aplikasi sains ( r = .657, p < 0.01 ).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap literasi, sains, sekolah agama
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13432
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Aug 2011 14:06
Last Modified:30 Aug 2012 08:49

Repository Staff Only: item control page