Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan dua

Nordin, Aziz and Lin, Hui Ling (2011) Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan dua. Journal of Science & Mathematics Education, 4 . ISSN 2231-7368

[img]
Preview
PDF
195kB

Abstract

Kajian diskriptif ini menggunakan persampelan bertujuan bagi mengukur hubungan sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas Sains di kalangan 140 orang pelajar Tingkatan Dua di Skudai, Johor. Selain itu, kajian ini juga mengukur tahap sikap terhadap mata pelajaran Sains pelajar serta melihat perbezaan penguasaan konsep asas Sains dan sikap terhadap mata pelajaran sains berdasarkan kategori kelas. Aspek penguasaan konsep asas yang diuji ialah konsep asas Sains Tingkatan satu yang telah dipelajari oleh pelajar Tingkatan Dua. Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains pula diuji berdasarkan aspek keyakinan diri pelajar, persepsi pelajar terhadap kepentingan Sains dan persepsi pelajar terhadap sikap guru Sains. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang diubahsuai daripada “Modified Fennema-Sherman Mathematics Attitude Scale” dengan kebolehpercayaan, ? = 0.884. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan ujian-t dan kolerasi Pearson. Keputusan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar Tingkatan dua mempunyai tahap sikap yang negatif terhadap mata pelajaran Sains (54%) tetapi mempunyai tahap penguasaan konsep asas yang tinggi (62.9%). Dapatan kajian juga mendapati bahawa sikap terhadap mata pelajaran Sains mempunyai hubungan yang signifikan tetapi lemah dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar tingkatan dua. Selain itu, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penguasaan konsep asas Sains berdasarkan kategori kelas tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap terhadap mata pelajaran Sains berdasarkan kategori kelas.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:hubungan sikap terhadap sains, penguasaan konsep, asas sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13431
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Aug 2011 14:02
Last Modified:06 Jan 2014 03:21

Repository Staff Only: item control page