Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan perisian web di bawah tajuk matematik tulen : vektor –halaju relatif

Md Noor, Norah and Ling, Ik Hie (2011) Pembangunan perisian web di bawah tajuk matematik tulen : vektor –halaju relatif. Journal of Science & Mathematics Education, 2 . pp. 79-88. ISSN 2231-7368

[img]
Preview
PDF
167kB

Abstract

Bab vektor - halaju relatif sangat sukar dikuasai oleh para pelajar kerana ia bukan sahaja melibatkan magnitud dan arah tetapi melibatkan “relatif” antara dua vektor. Pelajar sukar untuk memahami konsep yang digunakan kerana pelajar sukar untuk membayangkan dua objek yang bergerak serentak dengan kelajuan dan arah yang berbeza, tetapi pelajar berada pada salah satu objek dan melihat objek yang kedua. Pembangunan perisian berasaskan web di bawah tajuk matematik tulen: Halaju Relatif ini bertujuan untuk menambah bahan pembelajaran berkaitan dengan halaju relatif.. Model reka bentuk yang diterapkan ialah Model Hanaffin & Peck dan strategi pengajaran yang digunakan adalah berasaskan Teori Konstruktivisme. Perisian Microsoft Frontpage 2003 dan Macromedia Dreamweaver MX2004 digunakan untuk membina laman web ini. Selain itu, beberapa perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop CS, Macromedia Flash 8 turut digunakan untuk membina laman web ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembangunan perisian web, matematik tulen, vektor
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13430
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Aug 2011 13:58
Last Modified:11 Sep 2017 02:38

Repository Staff Only: item control page