Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan perisian pembelajaran berpandukan komputer (PBK) jenis tutorial berasaskan teori konstruktivisme matematik tingkatan satu – “fraction”

Ali, Mohd. Fadzli and Man, Fuziyah (2011) Pembinaan perisian pembelajaran berpandukan komputer (PBK) jenis tutorial berasaskan teori konstruktivisme matematik tingkatan satu – “fraction”. Journal of Science & Mathematics Education, 2 . pp. 51-66. ISSN 2231-7368

[img]
Preview
PDF
286kB

Abstract

Matematik sering dikaitkan dengan konsep dan idea abstrak yang sukar difahami dan digambarkan dengan jelas. Perisian Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salahsatu cara penggunaan komputer dalam pendidikan. Komputer mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang menarik dalam pengintegrasian elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, video dan animasi. Sehubungan itu, projek ini memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan tersebut bagi menyediakan satu perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (PBK) jenis tutorial berasaskan pendekatan konstruktivisme untuk topik pecahan tingkatan satu. Strategi pembelajaran di dalam perisian ini berdasarkan tutorial dan teori pembelajaran konstruktivisme merupakan asas pembangunan. Perisian ini menggunakan Model Hanaffin & Peck untuk merekabentuk dan membangunkan perisian PBK ini. PBK ini menyediakan keupayaan visualisasi dan animasi serta ciri-ciri multimedia yang lain bagi tujuan memudahkan proses pembinaan konsep pecahan. Ia juga menyediakan situasi pembelajaran yang interaktif serta pengguna bebas untuk mengawal pembelajarannya. Latihan yang terdapat dalam PBK ini diasingkan mengikut kemampuan pelajar dan turut disediakan aktiviti menarik di dalam PBK ini sebagai rekreasi minda. Pakej pembelajaran multimedia yang dibina adalah berasaskan perisian Macromedia Authorware 7.0 dan beberapa perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS2, Recorder Sound Fordge 9.0, Ulead Cool 3D dan Macromedia Flash Profesional. Katakunci:Perisian Pembelajaran Komputer PBK, Tutorial Matematik, Teori Konstruktivisme, Pecahan

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13428
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Aug 2011 13:48
Last Modified:05 Oct 2017 06:27

Repository Staff Only: item control page