Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis item soalan matematik Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2003, 2004, 2005 dan 2006 mengikut domain kognitif taksonomi bloom

Arshad, Muhammad Yusof and Seman, Fatimah Zaharah (2011) Analisis item soalan matematik Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2003, 2004, 2005 dan 2006 mengikut domain kognitif taksonomi bloom. Journal of Science & Mathematics Education, 2 . pp. 39-50. ISSN 2231-7368

[img]
Preview
PDF
149kB

Abstract

Kajian ini adalah merupakan kajian deskriptif. Ia bertujuan untuk mengenalpasti tahap kognitif yang soalan Matematik kertas 1 dan 2 tahun 2003, 2004, 2005 dan 2006, serta membuat perbandingan antara tahap kognitif kedua-dua kertas soalan tersebut. Kajian yang dijalankan ini melibatkan kertas 1 dan 2 Matematik Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 2003 sehingga tahun 2006 yang mengandungi 40 soalan dan 16 soalan masing-masing bagi setiap tahun. Instrumen yang digunakan untuk menguji tahap kognitif dalam kajian ini pula adalah domain kognitif Taksonomi Bloom yang mengandungi enam aras kognitif yang utama iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Analisis data dibuat secara kualitatif berdasarkan penilaian penyelidik terhadap item soalan mengikut domain kognitif Taksonomi Bloom. Dapatan kajian menunjukkan item soalan yang diuji adalah secara menyeluruh kerana tahap kognitif yang sering diuji kepada pelajar adalah berada pada tahap rendah bagi kertas 1 soalan Matematik SPM manakala tahap kognitif yang diuji dalam kertas 2 soalan Matematik SPM adalah berada pada tahap kognitif yang tinggi. Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa cadangan yang difikirkan sesuai telah diberikan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:matematik SPM, domain kognitif, taksonomi bloom
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13427
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Aug 2011 13:42
Last Modified:11 Sep 2017 01:19

Repository Staff Only: item control page