Abdul Rahman, Mohd. Anuar and Saad, Asmah (2011) Pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah di bandar Alor Gajah. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 2 . pp. 139-153. ISSN 2231-7376
|
PDF
250kB |
Official URL: http://proedujournal.com
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah dari aspek kebersihan peralatan, kebersihan makanan, kebersihan persekitaran dan kebersihan diri. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat kajian. Soal selidik dibina berdasarkan kepada buku Garis Panduan Kantin Sekolah. Seramai 82 responden telah terlibat dalam kajian ini iaitu terdiri daripada 62 orang AJK asrama dan 21 orang pengendali makanan. Melalui kajian rintis yang dijalankan, nilai Alpha Cronbach yang diperolehi bagi AJK asrama ialah 0.789 dan pengendali makanan pula 0.865. Data dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package For Social Science” (SPSS version 14.0) untuk mendapatkan peratusan, nilai frekuensi, min,sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA Satu Hala. Keputusan kajian menunjukkan pengendali makanan mempunyai pengetahuan sanitasi makanan yang tinggi dalam bidang pengurusan makanan. Hasil kajian juga menunjukkan tahap pengamalan sanitasi makanan dalam penyediaan dan penyajian makanan oleh pengendali makanan berada pada tahap yang tinggi. Elemen kebersihan diri pula merupakan elemen yang tertinggi diketahui dan diamalkan oleh pengendali makanan. Hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan sanitasi makanan berdasarkan jantina responden manakala ujian ANOVA Satu Hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan sanitasi mengikut pengalaman pengendali makanan. Akhirnya beberapa cadangan tindakan dan kajian lanjutan dikemukan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pengetahuan dan pengamalan, sanitasi makanan, pengamalan sanitasi makanan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 13423 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 04 Aug 2011 09:34 |
Last Modified: | 30 Aug 2012 05:28 |
Repository Staff Only: item control page