Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan mengajar dalam kalangan pelajar tahun akhir pendidikan teknikal dan kejuruteraan fakulti pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Abu Bakar, Zainuddin and Aziz, Noorsafarina (2011) Kesediaan mengajar dalam kalangan pelajar tahun akhir pendidikan teknikal dan kejuruteraan fakulti pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 2 . pp. 64-78. ISSN 2231-7376

[img]
Preview
PDF
204Kb

Official URL: http://proedujournal.com

Abstract

Profesion perguruan merupakan profesion yang memerlukan seseorang itu menguasai pelbagai bidang sama ada pengkhususan ataupun kemahiran lain. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan mengajar dalam kalangan pelajar Tahun Akhir Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenalpasti tiga pembolehubah iaitu pengetahuan dalam pengurusan bengkel dan bilik darjah, kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan kecekapan berkomunikasi. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada 135 orang responden yang terdiri daripada empat program iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Jentera dan Kemahiran Hidup. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science Version 12.00 For Windows bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai Alfa Cronbach daripada kajian rintis yang dijalankan ke atas 15 orang responden ialah 0.792. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar Tahun Akhir Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan mempunyai tahap kesediaan yang sederhana dari aspek pengetahuan dalam pengurusan bengkel dan bilik darjah serta kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan kecekapan berkomunikasi. Beberapa cadangan ada dikemukakan. Cadangan kajian lanjutan juga turut dibincangkan di akhir penulisan ini untuk digunakan oleh penyelidik lain yang ingin meneruskan kajian ini dengan lebih mendalam.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesediaan mengajar, pelajar tahun akhir, pendidikan teknikal dan kejuruteraan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13395
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Aug 2011 06:39
Last Modified:30 Aug 2012 06:03

Repository Staff Only: item control page