Abdul Rahman, Mohd. Anuar and A. Hamid, Irulnizam (2011) Pengetahuan dan pengamalan keselamatan bengkel di kalangan para pelajar kursus penyenggaraan bangunan di sebuah kolej komuniti. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 2 . pp. 18-35. ISSN 2231-7376
PDF
- Accepted Version
305kB |
Official URL: http://proedujournal.com
Abstract
Kolej Komuniti adalah merupakan salah sebuah institusi kemahiran yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan tujuan memberi laluan alternatif kepada pelajar-pelajar lepasan menengah mendapatkan pengetahuan serta kemahiran. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat pengetahuan dan pengamalan keselamatan bengkel dikalangan pelajar kolej komuniti yang meliputi aspek peraturan, persekitaran, tanggung jawab, penggunaan alat tangan, penggunaan mesin dan aspek kesihatan. Sampel kajian seramai 60 responden telah diambil bagi tujuan kajian yang dilakukan di Kolej Komuniti Bandar Penawar Kota Tinggi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian alpha cronbach bagi pengetahuan keselamatan bengkel adalah ? = 0.817 dan manakala bagi pengamalan keselamatan bengkel pula adalah ? = 0.825. Analisis statistic dengan menggunakan perisian SPSS 12.0 (Statical Package For Social Science) telah digunakan ke atas data kajian untuk mendapatkan peratusan, kekerapan dan min. Ujian statistik inferensi seperti ANOVA satu hala dan korelasi Pearson digunakan bagi melihat perbezaan dan hubungan. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan dan pengamalan keselamatan bengkel dikalangan pelajar berada pada tahap tinggi. Walaupun begitu, aspek kesihatan kurang diamalkan oleh pelajar. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikenal pasti supaya para pelajar di kolej komuniti dapat menambahkan pengetahuan dan diberi pendedahan pengamalan terhadap keselamatan bengkel di kalangan para pelajar Kolej Komuniti.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | Open access journal |
Uncontrolled Keywords: | pengetahuan dan pengamalan, keselamatan bengkel, kursus penyenggaraan bangunan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 13384 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 04 Aug 2011 06:12 |
Last Modified: | 20 Nov 2012 00:42 |
Repository Staff Only: item control page