Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan Pelajar Tingkatan Empat Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar, Perak

Hamdan, Abdul Rahim and Musa, Nor Hidayah (2011) Kesediaan Pelajar Tingkatan Empat Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar, Perak. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 2 . pp. 1-17. ISSN 2231-7376

[img] PDF
260kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi melihat kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 78 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang mengambil Jurusan Kejuruteraan Awam. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik kerana ia lebih praktikal dan menjimatkan masa. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah _ = 0.906. Data-data mentah dianalisis menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences 13.0 (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar berada pada tahap yang sederhana. Hasil ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat dan kemahiran Bahasa Inggeris antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam. Kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membantu pelajar dalam mengikuti mata pelajaran ini serta dalam mata pelajaran teknikal yang lain. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk kajian lanjutan. Katakunci: Kesediaan Pelajar Tingkatan Empat, Pengajian Kejuruteraan Awam, Sekolah Menengah Teknik

Item Type:Article
Divisions:Education
ID Code:13347
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Jan 2015 04:56
Last Modified:12 Oct 2017 05:57

Repository Staff Only: item control page