Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kebimbangan komunikasi di kalangan pelajar UTM: satu realiti atau mitos?

Nik Mahmood, Nik Hasnaa (2006) Kebimbangan komunikasi di kalangan pelajar UTM: satu realiti atau mitos? In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
38kB

Abstract

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengkaji tahap kebimbangan komunikasi di kalangan pelajar-pelajar diploma tahun akhir utm city campus. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk : 1) mengkaji hubungan di antara tahap kebimbangan komunikasi pelajar dengan faktor-faktor demografi seperti jantina, kursus, tempat tinggal dan pendapatan ibu-bapa, 2) untuk mengkaji hubungan antara tahap kebimbangan komunikasi dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 200 pelajar diploma tahun tiga terlibat dalam kajian ini. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan responden kajian. Alat ukuran prca 24 telah digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan komunikasi pelajar. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan 29.5% pelajar berada di tahap kebimbangan komunikasi tinggi, 48.5% di tahap kebimbangan komunikasi sederhana dan 22.0% di tahap kebimbangan komunikasi rendah. Hasil ujian khi-ganda dua mennunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kebimbangan komunikasi dengan bangsa, kursus, tempat tinggal dan pendapatan ibu-bapa. Walaubagaimanapun hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kebimbangan komunikasi dengan jantina dan pencapaian akademik. Implikasi kajian dan dan cadangan turut dibincangkan dalam kertas kerja ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kebimbangan komunikasi; jantina; status sosio-ekonomi; pencapaian akademik
Subjects:H Social Sciences > HX Socialism. Communism. Anarchism
Divisions:Education
ID Code:132
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:58
Last Modified:01 Jun 2010 02:40

Repository Staff Only: item control page