Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemodelan Pembangunan Guna Tanah Komersil Menerusi Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Kes Kajian: Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Dziauddin, Mohd Faris and Rainis, Ruslan (2001) Pemodelan Pembangunan Guna Tanah Komersil Menerusi Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Kes Kajian: Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Jurnal Teknologi B, 35 (B). pp. 23-40. ISSN 0127-9696

Full text not available from this repository.

Abstract

Artikel ini menerangkan pembangunan model ruangan bagi pembangunan guna tanah komersil. Model yang dibangunkan ini bertujuan mendiskriminasikan kawasan yang membangun sebagai kawasan komersil, pembangunan-pembangunan lain dan kawasan yang tidak membangun. Teknik statistik yang di panggil Analisis Diskriminan digunakan bagi tujuan pembangunan model. Terdapat sebelas pembolehubah ruangan dimasukkan ke dalam model termasuklah kehampiran ke kawasan komersil, kehampiran ke kawasan perumahan, kehampiran ke kawasan industri, kehampiran ke bandar, kehampiran ke jalan raya, nisbah jiran yang membangun, peratus jiran yang membangun sebagai kawasan komersil, peratus jiran yang membangun sebagai kawasan perumahan, peratus jiran yang membangun sebagai kawasan industri dan kehampiran ke kawasan pertanian. Bagi tujuan kajian, dua set data dibangunkan iaitu bagi tempoh tahun 1992-1994 dan 1995-1998. Sistem Maklumat Geografi digunakan bagi menjana semua pembolehubah-pembolehubah ruangan. Pembangunan model adalah berdasarkan kepada data perubahan guna tanah bagi tempoh tahun 1992-1994 manakala pengujian model berdasarkan kepada data bagi tempoh tahun 1995-1998. Ketepatan yang diperoleh dari pada model asal ialah 74.9%. Dari pada pengujian yang dilakukan, didapati model ini telah berjaya meramal perubahan guna tanah dari tahun 1995-1998 dengan ketepatan 98.6%.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pemodelan guna tanah, guna tanah komersil, sistem maklumat geografi (GIS), analisis diskriminan
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:1260
Deposited By: En Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:01 Mar 2007 03:51
Last Modified:19 Nov 2010 09:30

Repository Staff Only: item control page