Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan kerja adalah peramal kepada keinginan berhenti kerja secara sukarela: satu kajian di sebuah penguasa tempatan

Ismail, Azman and John, Cindy and Boerhannoeddin, Ali and Md Rasip, Osman and Wan Ismail, Wan Khairuzzaman (2011) Kepuasan kerja adalah peramal kepada keinginan berhenti kerja secara sukarela: satu kajian di sebuah penguasa tempatan. Jurnal Kemanusiaan (19). pp. 1-16. ISSN 1675-1930

[img] PDF (Full Text)
324kB

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurna...

Abstract

Literatur gelagat organisasi melaporkan bahawa kajian dahulu banyak menghuraikan dimensi dalaman kepuasan kerja, iaitu kepuasan kerja intrinsik dan kepuasan kerja ekstrinsik. Agak mengejutkan apabila kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendedahkan bahawa tahap kepuasan kerja yang tinggi berupaya mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Sifat perhubungan ini adalah penting, tetapi peranan kepuasan kerja sebagai peramal keinginan untuk berhenti kerja adalah kurang diberi penekanan dalam model kepuasan kerja. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan kepuasan kerja ke atas keinginan pekerja untuk berhenti kerja menggunakan 150 borang soalselidik yang telah dikumpul daripada pekerja yang berkhidmat di dewan bandaraya kota kinabalu, sabah, malaysia. Keputusan analisa regresi “stepwise” menunjukan dua dapatan penting: pertama, kepuasan kerja intrinsik tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti. Kedua, kepuasan kerja ekstrinsik mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa tahap kepuasan kerja intrinsik yang tinggi tidak berupaya untuk mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Sebaliknya, tahap kepuasan kerja ekstrinsik yang tinggi berupaya mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Seterusnya, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan dalam kertas kerja ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepuasan kerja intrinsik, kepuasan kerja ekstrinsik, keinginan pekerja untuk berhenti kerja
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:1257
Deposited By: Halimah Baki
Deposited On:02 Aug 2012 01:36
Last Modified:17 Oct 2017 08:40

Repository Staff Only: item control page