Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian kes penggunaan pembelajaran koperatif dan kemahiran generik terhadap pencapaian mata pelajaran "logik digital"

Megat Mohd. Zainuddin, Norziha and Abu Hassan, Norihan and Syed Yahya Kamal, Syed Ardi (2006) Kajian kes penggunaan pembelajaran koperatif dan kemahiran generik terhadap pencapaian mata pelajaran "logik digital". In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
63kB

Abstract

Logik Digital merupakan salah satu mata pelajaran teras untuk Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Teknologi Multimedia yang ditawarkan kepada pelajar tahun satu. Pemerhatian pengalaman mengajar mata pelajaran ini selama tujuh tahun mendapati kaedah mengajar secara tradisi mendapati pelajar kurang berminat untuk mencari maklumat atau data secara sendiri. Yang ketara ialah pelajar ini terlalu bergantung kepada pensyarah untuk mendapatkan segala ilmu. Logik Digital menekankan konsep logiknya tersediri dalam pengkomputeran secara memanipulasi data. Pengajaran mata pelajaran ini di Universiti Teknologi Malaysia menekankan "Outcome Based Education" yang memerlukan pensyarah melaksanakan "Learning Outcome" (Hasil Pembelajaran) untuk mencapai objektif serta kemahiran generik yang dimuatkan dalam perancangan kuliah. Empat kemahiran generik yang perlu dicapai dalam mata pelajaran ini ialah pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan dan penyelesaian masalah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pendekatan pembelajaran kooperatif dan sejauh mana kemahiran generik terhasil serta hubungnya dengan pencapaian Logik Digital. Borang Soal selidik kemahiran generik dan borang penilaian rakan sekumpulan diedarkan kepada pelajar di akhir semester. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya peningkatan prestasi pelajar dan kemahiran generik tercapai.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran koperatif; logik digital
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:125
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:58
Last Modified:01 Jun 2010 02:40

Repository Staff Only: item control page