Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian kes mengenai pola interaksi pelajar di dalam persekitaran pembelajaran multimedia interaktif

Basir, Muhamad Kasim and Abdullah, Wan Salihin Wong (1998) Kajian kes mengenai pola interaksi pelajar di dalam persekitaran pembelajaran multimedia interaktif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 4 (1). pp. 108-118. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF - Published Version
3MB

Abstract

Artikel melaporkan penyelidikan mengenai pola interaksi pelajar dengan sebuah perisian pendidikan fizik tempatan untuk mengkaji implikasi rekabentuk pembangunan perisian, antara muka dan jenis nod. Pencerapan secara langsung dan temubual telah digunakan untuk menganalisis pola interaksi bagi enam orang pelajar ketika mereka berinteraksi dengan perisian berkenaan. Kajian mendapati, dalam situasi persekitaran yang mempunyai kawalan pengguna yang berkesan, pelajar menggunakan sepenuhnya kebebasan yang diberi untuk menggunakan berbagai strategi pembelajaran berasaskan keupayaan dan gaya kognitif. Rekabentuk antara muka juga didapati berupaya memudahkan penerokaan dan penjelajahan serta memberi panduan untuk membuat pilihan pada sesuatu ketika dan peta konsep menjadi alat yang penting kepada sesetengah pelajar untuk menstrukturkan pembelajaran. Didapati juga sesuatu nod yang berupaya menimbulkan motivasi dalaman dan mempunyai interaktiviti yang tinggi akan memberangsangkan sifat ingin tahu akan menjadi tumpuan utama pelajar sepanjang interaksi mereka.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:12262
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:12 Apr 2011 05:58
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page