Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengajaran bermodul di sekolah menengah : perubahan konsep para pelajar tingkatan empat dalam pembelajaran mata pelajaran fizik

Noordin, Shaharom (1998) Pengajaran bermodul di sekolah menengah : perubahan konsep para pelajar tingkatan empat dalam pembelajaran mata pelajaran fizik. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 4 (1). pp. 64-77. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF
2MB

Abstract

Perubahan konsep telah menarik perhatian para penyelidik Pendidikan Fizik sebagai salah satu aspek penting yang perlu diberi pertimbangan dan juga kajian. Dalam konteks kajian yang telah dijalankan, usaha telah dibuat untuk mengkaji perubahan konsep di kalangan para pelajar tingkatan empat. Seramai 158 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Rekabentuk Kelompok Kawalan Tak Samaan telah digunakan. Kelompok percubaan telah menggunakan modul pengajaran kendiri yang menggunakan strategi pembelajaran penguasaan manakala kelompok kawalan mengikuti kaedah pengajaran tradisional. "Chi-Square' dan statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Tajuk Kekuatan dan Ketegaran akan digunakan sebagai contoh dalam perbincangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada aras a = .05 ke atas perubahan aras konsep Kekuatan dan Ketegaran. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran bermodul merupakan salah satu kaedah pengajaran yang telah berjaya memperbaiki pengkonsepan para pelajar terhadap sesuatu konsep yang dipelajari dan seterusnya boleh memperbaiki pencapaian akademik mereka.

Item Type:Article
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:12260
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:12 Apr 2011 06:02
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page