Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan Persekitaran Terhadap Pembangunan Emosi Pelajar Di Fakulti Pendidikan, UTM

Abdul Rahman, Mohd Anuar and Abdul Hamid, Norshahril (2011) Kesan Persekitaran Terhadap Pembangunan Emosi Pelajar Di Fakulti Pendidikan, UTM. Journal of Education Psychology & Counseling, 1 (8). pp. 141-161. ISSN 2231-735X

[img]
Preview
PDF
126kB

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat kesan persekitaran di UTM dalam membangunkan emosi pelajar. Tiga faktor persekitaran yang diamalkan ialah pengaruh rakan sebaya, budaya fakulti, dan kolej kediaman. Seramai 220 orang pelajar tahun akhir daripada Fakulti Pendidikan, UTM telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi 45 item digunakan untuk mendapatkan data kajian. Kajian rintis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.79. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 12.0 bagi mendapatkan nilai diskriptif dan inferensiinferensi. Min keseluruhan yang diperolehi menunjukkan kesan persekitaran UTM dalam membangunkan emosi pelajar berada pada tahap tinggi (3.80). Faktor persekitaran yang paling dominan adalah faktor pengaruh rakan sebaya dengan min keseluruhan 4.21, diikuti oleh peranan kokurikulum (4.03), dan Kolej kediaman pelajar (3.73). Hasil daripada Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan diantara faktor persekitaran UTM berdasarkan perbezaan jantina. Melalui korelasi Pearson, r pula menunjukkan nilai signifikan adalah lebih kecil daripada 0.01. Maka ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktorfaktor persekitaran dalam membangunkan emosi pelajar. Hasil dapatan dirumuskan bagi menghasilkan satu gambaran yang jelas mengenai kesan faktor persekitaran di UTM terhadap pembangunan emosi pelajar.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12175
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Mar 2011 12:22
Last Modified:16 Mar 2011 12:22

Repository Staff Only: item control page