Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Terhadap Amalan Seks

Mohd. Yusof,, Farahwahida and Sugiman, Norazila (2011) Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Terhadap Amalan Seks. Journal of Education Psychology & Counseling, 1 (6). pp. 94-114. ISSN 2231-735X

[img]
Preview
PDF
152kB

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas dalam kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti pandangan pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPTA serta faktor-faktor yang mendorong berlakunya masalah seks bebas. Populasi kajian adalah seramai 482 orang pelajar dari 14 kursus dan sampel dalam kajian ini merupakan keseluruhan populasi. Walau bagaimanapun, hanya 427 set soal selidik dapat dianalisis kerana 55 set tidak dikembalikan. Set soal selidik mengandungi 37 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS). Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah ? = 0.85. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas adalah tinggi dengan nilai min 4.69. Manakala min bagi persepsi pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPTA pula adalah sederhana iaitu 3.34. Sementara faktor utama berlakunya amalan seks bebas dalam kalangan pelajar IPTA ialah media massa dengan nilai min 3.96.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12173
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Mar 2011 12:11
Last Modified:16 Mar 2011 12:11

Repository Staff Only: item control page