Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Suboh, Asmah and Azizi, Nurulhuda and Hamzah, Mascilla (2011) Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan. Journal of Education Psychology & Counseling,, 1 (5). pp. 77-93. ISSN 2231-735X

[img]
Preview
PDF
126kB

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara gaya keibubapaan dengan salah laku pelajar di sekolah sebuah sekolah rendah di pinggir bandar daerah Johor Bahru. Responden kajian melibatkan 130 orang pelajar dan borang soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A iaitu yang berkaitan dengan latar belakang responden dan Bahagian B yang berkaitan dengan salah laku pelajar serta gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa responden. Nilai Alpha keseluruhan bagi soalan di dalam soal selidik ialah 0.897 dan menunjukkan kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan salah laku vandalisme adalah salah laku yang paling dominan bagi salah laku kenakalan, salah laku buli adalah salah laku yang paling dominan bagi salah laku fizikal dan salah laku melawan guru adalah salah laku yang paling dominan bagi salah laku verbal. Gaya autoritatif pula merupakan gaya keibubapaan yang paling dominan diamalkan oleh ibu bapa responden manakala tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti harian anak mereka di sekolah pula adalah pada tahap tinggi. Dalam kajian ini, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara salah laku pelajar di sekolah dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti harian yang dilakukan oleh pelajar di sekolah. Kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara salah laku pelajar di sekolah dengan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar. Akan tetapi dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti harian yang dilakukan oleh pelajar di sekolah

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12172
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Mar 2011 12:07
Last Modified:16 Mar 2011 12:07

Repository Staff Only: item control page