Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaitan Antara Kepimpinan Kerja Berpasukan Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Ketua Panitia di Daerah Kluang

Abdul Ghafar, Mohamed Najib and Tay, Siok Beng (2011) Kaitan Antara Kepimpinan Kerja Berpasukan Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Ketua Panitia di Daerah Kluang. Journal of Educational Management, 1 (6). pp. 1-16. ISSN 2231-7341

[img]
Preview
PDF
327Kb

Abstract

Abstrak: Penyelidikan kuantitatif ini bertujuan melihat kaitan kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia di sekolah menengah di daerah Kluang, Johor. Bagi mengukur kepimpinan kerja berpasukan, soal selidik Teamwork KSA (Stevens, 1993) yang telah digunakan oleh Shamsuddin (2002) dan telah diubahsuaikan serta Teori Dua Faktor oleh Herzberg (1966) telah digunakan. Kajian rintis melibatkan 25 orang ketua panitia di SMK Canossian Convent, Kluang, Johor telah dijalankan bagi menentukan konsistensi dalaman instrumen. Seramai 300 responden dari 20 buah sekolah menengah di daerah Kluang yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kepimpimpinan kerja berpasukan pengetua berada pada tahap sederhana tinggi. Daripada kelima-lima ciri kepimpinan kerja berpasukan, ciri komunikasi adalah tertinggi, nilai min 3.72. Diikuti oleh ciri penetapan matlamat dan pengurusan prestasi, nilai min 3.70, penyelesaian masalah secara kolaberatif (3.60), penyelesaian konflik (3.45) dan perancangan dan penyelarasan tugas (3.39). Dapatan kajian menunjukkan terdapat kaitan antara kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia. Katakunci: Kepimpinan, kerja berpasukan, pengetua, kepuasan kerja, ketua panitia Abstract: The purpose of this study was to investigate the relationship between teamwork leadership among principals and the job satisfaction of the head of panels in Kluang, Johor. Two sets of questionnaires were modified from Teamwork KSA Test (Stevens, 1993) used by Shamsuddin (2002) and the Theory Two Factor founded by Herzberg (1966). A number of 25 head of panels from SMK Canossian Convent, Kluang, Johor were involved in the pilot study to determine the instrument internal consistency which showed a high level of reliability with the Alpha Cronbach value of 0.9728. 300 head of panels from 20 secondary schools in the district of Kluang were involved in this study. The research findings revealed that the teamwork leader possessed relatively average high level of Teamwork KSA. From five aspects teamwork leadership, the communication aspect showed a mean of 3.70, followed by aspect goal setting and performance management (3.70), aspect collaborative problem solving (3.60), conflict resolution (3.45) and planning and task coordination (3.39). Another finding showed that the teamwork leadership among principals were significantly related with job satisfaction of head of panels. Keywords: Leadership, teamwork, principals, job satisfaction, head of panels

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12154
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Last Modified:10 Mar 2011 01:10

Repository Staff Only: item control page