Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan faktor- faktor kepimpinan di sekolah cemerlang

Yahaya, Azizi and Maalip, Halimah and Yahaya, Noordin and Lim, Ting Theng (2011) Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan faktor- faktor kepimpinan di sekolah cemerlang. Journal of Educational Management, 1 (4). pp. 1-23. ISSN 2231-7341

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
152kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan pengamalan faktor kepimpinan guru besar di sekolah penerimaan Anugerah Sekolah Cemelang (ASC) di negeri Melaka. Seramai 158 orang guru dari kelima-lima buah sekolah rendah yang premier menerima penganugerah ASC pada tahun 2007 di negeri Melaka telah dipilih secara rawak (kluster atas kluster) untuk melibatkan diri dalam kajian ini. Instrumen kajian Leader Behavior Description Questionnair (LBDQ) digunakan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar dari aspek mengarah, bertimbang rasa, penyertaan dan berorientasikan kejayaan. Sementara pengamalan faktor kepimpinan guru besar dari aspek budaya ilmu, permuafakatan, motivasi dan dorongan, kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepimpinan di sekolah diukur dengan menggunakan soal selidik dalam instrumen SKPM. Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 20 orang guru di SJK (C) Malim di negeri Melaka, Alpha Cronbach digunakan untuk menguji ketekalan dalaman item-item dalam soal selidik dan nilainya ialah 0.942. Dalam kajian ini analysis deskriptif seperti min, frekuensi dan peratus digunakan untuk mengenalpasti faktor demografi jantina, umur, pengalaman mengajar dan gred jawatan responden, dan inferensi ujian-t, ANOVA dan Pearson Correlation digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan, gaya kepimpinan berorientasi kejayaan merupakan gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh para guru besar di sekolah ASC. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor demografi guru kecuali faktor umur. Dapatan kajian juga menunjukkan pengamalan faktor kepimpinan guru besar dari aspek budaya ilmu berfikir, permuafakatan, motivasi dan dorongan, kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepimpinan berada pada tahap yang tinggi, terutamanya dalam aspek kepimpinan budaya ilmu. Analisis menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara gaya kepimpinan guru besar secara menyeluruh dengan kesemua aspek faktor kepimpinan yang dikaji. Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian ini ialah guru besar haruslah cekap dalam pengamalan gaya kepimpinannya mengikut keperluan situasi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya kepimpinan guru besar, faktor kepimpinan guru besar, Anugerah Sekolah Cemerlang
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12152
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Mar 2011 01:19
Last Modified:10 Mar 2011 01:19

Repository Staff Only: item control page