Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun kedua kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - satu tinjauan

Yahaya, Noraffandy and Ling, Ning Ning (2011) Kesediaan penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun kedua kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - satu tinjauan. Jurnal of Educational Social Science, 1 . pp. 121-140. ISSN 2231-7333

[img] PDF (Full Text)
272kB

Abstract

Kajian diskriptif ini bertujuan untuk meninjau kesediaan penggunaan e-learning dari segi tahap pengetahuan, aspek sikap dan tahap motivasi di kalangan 61 orang pelajar tahun kedua yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang diubahsuai daripada Muhammed Fauzi et al. (2004) dan Italo et al. (2004). Keputusan kajian ini dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS. Untuk ketiga-tiga aspek dalam kajian ini iaitu tahap pengetahuan, sikap dan tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan elearning, kebolehpercayaan, a ialah 0.850. Statistik diskriptif digunakan dalam kajian ini untuk melihat frekuensi, peratusan dan min. Keputusan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar tahun kedua yang dikaji mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning dengan min sebanyak 4.14 dan sikap pelajar terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning adalah positif dengan min sebanyak 3.67 tetapi tahap motivasi pelajar adalah pada tahap yang sederhana iaitu dengan min sebanyak 3.38. Kajian ini memberi gambaran yang lebih jelas kepada pihak pengurusan e-learning tentang kesediaan dan tahap penggunaan e-learning oleh pelajar-pelajar fakulti pendidikan dalam jurusan Sains, Komputer serta Pendidikan. Selain itu, kajian ini juga memberi maklumat kepada pihak Universiti untuk lebih peka kepada isu yang diketengahkan dalam kajian ini serta memberi cadangan dan maklumbalas kepada CTL.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:e-learning, tahap pengetahuan, aspek sikap, tahap motivasi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12147
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Mar 2011 16:07
Last Modified:11 Jun 2015 02:13

Repository Staff Only: item control page