Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan : tanggungjawab siapa?

Ashari, Hapriza (2004) Keselamatan dan kesihatan pekerjaan : tanggungjawab siapa? Jurnal Kemanusiaan (3). pp. 73-83. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
607kB

Official URL: http://www.management.utm.my/download/jurnal-keman...

Abstract

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dikuatkuasakan sejak tahun 1994 memfokus ke arah pembentukan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia menyediakan rangka perundangan untuk memupuk, merangsang dan menggalakkan mutu keselamatan dan kesihatan yang tinggi di tempat kerja dengan meletakkan tanggungjawab memelihara keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pihak - pihak tertentu. Tujuan utamanya ialah untuk memupuk sikap prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan melalui skim pengaturan kendiri. Matlamat utama jangka panjang ialah untuk menghasilkan suatu budaya kerja yang sihat dan selamat di kalangan semua pekerja dan majikan di Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keselamatan pekerja, kesihatan pekerja, skim pengaturan kendiri
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:12135
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:09 Mar 2011 08:32
Last Modified:21 Mar 2017 06:30

Repository Staff Only: item control page