Mohd. Balwi, Mohd. Koharuddin (2004) Tradisi keilmuan dan pendidikan dalam Tamadun Melayu di Nusantara. Jurnal Kemanusiaan (3). pp. 48-62. ISSN 1675-1930
|
PDF
- Published Version
842kB |
Official URL: http://www.management.utm.my/download/jurnal-keman...
Abstract
Kertas ini menyelongkar tradisi keilmuan dan keintelektualan dalam tamadun Melayu di Nusantara. Masyarakat Melayu yang tersebar luas di alam Melayu atau Nusantara ini telah mcmiliki tradisi keilmuan dan pendidikan yang menjadi teras kepada kemunculan tamadun yang tinggi dan cemerlang. Tradisi keilmuan ini kemudiannya menjadi marak melalui kedatangan Islam di Nusantara apabila ia merevolusikan tradisi ini kerana Islam memang amat menganjurkan kcpada keilmuan dan keintelektualan. Gelombang ini kemudiannya melahirkan beberapa kerajaan Islam yang menjadikan pendidikan keilmuan sebagai sesuatu yang amat penting dan amat digalakkan. Kemudiannya, lahirlah Pasai, Melaka, Acheh, Demak, dan lain-lain menjadi pusat keilmuan dan pendidikan di Nusantara. Tradisi keilmuan dan pendidikan ini telah melahirkan tokoh-tokoh Melayu yang tersohor sepanjang zaman. Lantaran, ketinggian ketamadunan Melayu tidak terletak kepada kehebatan budaya materialnya, sebaliknya terletak kepada kehebatan dan ketinggian tradisi keilmuan dan keintelektualannya. Tradisi keilmuan dan pendidikan merupakan tradisi umat Melayu-Islam sepanjang zaman.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | tradisi keilmuan, pendidikan, tamadun melayu, kerajaan islam |
Subjects: | L Education > LA History of education |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 12133 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 09 Mar 2011 08:47 |
Last Modified: | 16 Feb 2017 06:48 |
Repository Staff Only: item control page