Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemurnian kreativiti dalam pendidikan prasekolah sebagai asas pembinaan bangsa Malaysia yang kreatif : suatu kupasan awal

Abd. Hamid, Mohd. Azhar and A. Kassim, Othman (2004) Pemurnian kreativiti dalam pendidikan prasekolah sebagai asas pembinaan bangsa Malaysia yang kreatif : suatu kupasan awal. Jurnal Kemanusiaan (3). pp. 27-47. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
1003Kb

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurna...

Abstract

Kreativiti merupakan mauduk dan agenda penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di dunia. Institusi pendidikan merupakan tempat terpenting untuk menyuburkan bakat dan kebolehan kreatif pelajar. Banyak negara di dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Swedan, Jepun, Singapura, dan Korea Selatan memberi penekanan dalam sistem pendidikan prasekolah hinggga peringkat pendidikan tinggi. Justeru, negara-negara yang disebutkan tadi, khususnya Amerika Syarikat berusaha melahirkan sumber manusia kreatif yang mampu mengangkat martabat dan dignity bangsa itu. Hal ini diakui oleh pakar-pakar sains pemikiran kreatif seperti Amabile (1992), Swartz (1989), Buzan (2002), de Bono (1971), Leong (1998), dan rarnai lagi. Amabile (1992), misalnya menyifatkan institusi pendidikan, khususnya pendidikan prasekolah rnerupakan tempat paling penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan kanak-kanak. Selanjutnya, Cropley (2001), menegaskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak sangat memerlukan persekitaran dan motivasi yang amat signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti kanak-kanak. Namun begitu, menurut de Bono (1970), tanpa prime mover (dibaca sebagai pendidik) yang menggerakkan persekitaran yang kondusif untuk berkreativiti, maka sukar untuk para pelajar untuk berkreasi dengan selesa dan selamat. Sungguhpun begitu, prime mover yang dimaksudkan oleh de Bono itu ialah pendidik yang dibekali dengan pengetahuan dan kemahiran kreativiti. Pendidik yang tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan kreativiti sukar untuk merealisasikan suasana, ruang, dan pengalaman kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya. Oleh yang demikian, kertas kerja konseptual ini akan mengupas agenda pemurnian kreativiti dalam pendidikan prasekolah serta kesannya terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang kreatif. Justeru, kami akan memulakan dengan kupasan terma-terma penting kertas kerja ini seperti pemurnian kreativiti, bangsa Malaysia yang kreatif serta komponen-proses kreativiti kanak-kanak prasekolah. Selain itu, kertas kerja ini akan memberi tumpuan terhadap motivasi bagi mengharmonikan kreativiti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada peringkat prasekolah. Selanjutnya, kertas kerja ini akan menggagaskan persekitaran yang kondusif serta teknik-teknik yang spesifik dalam pemurnian kreativiti dalam aktiviti pendidikan prasekolah. Akhirnya, kertas kerja ini akan melakarkan model pemurnian kreativiti yang sesuai dalam konteks pendidikan prasekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pendidikan prasekolah, bakat dan kebolehan, pemikiran kreatif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:12132
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:09 Mar 2011 08:57
Last Modified:18 Jul 2012 06:41

Repository Staff Only: item control page