Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan penggunaan automasi industri dengan prestasi kerja : kajian kes di Pt. Simen Padang Indonesia

Wan Ismail, Wan Khairuzzaman and Fitri Yani, Neng Sri Novi (2004) Hubungan penggunaan automasi industri dengan prestasi kerja : kajian kes di Pt. Simen Padang Indonesia. Jurnal Kemanusiaan, 3 . pp. 1-17. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
682kB

Abstract

Globalisasi akan meningkatkan persaingan antara syarikat, sama ada antara syarikat di Asia atau pun di dunia. Untuk memastikan syarikat terus kekal dalam persaingan global, setiap syarikat atau organisasi mestilah mengetahui dan memberikan penekanan kepada faktor-faktor antara lain peningkatan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mencapai peningkatan kuantiti dan kualiti produk adalah dengan penggunaan teknologi yang ada secara optimum atau penggunaan automasi. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan mengenai hubungan penggunaan automasi industri dengan prestasi kerja. Penggunaan automasi industri ditinjau dari aspek-aspek kecekapan, sikap, kepuasan dan kesesuaian dalam penggunaan automasi. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang diberikan kepada 81 orang responden di syarikat pembuatan simen. Dapatan kajian menunjukkan keberkcsanan dan tahap penggunaan automasi industri responden secara kcseluruhan dari aspek kecekapan berada pada tahap yang agak tinggi, aspek sikap dan kepuasan pada tahap tinggi, aspek kesesuaian pada tahap sederhana. Prestasi kerja responden menunjukkan bahawa majoriti responden berada di lahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan positif antara aspek kecekapan, kepuasan, kesesuaian dalam penggunaan automasi dengan prestasi kerja, kecuali dari aspek sikap yang menunjukkan hubungan positif dengan prestasi kerja.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:automasi industri, prestasi kerja, teknologi
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:12130
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:09 Mar 2011 09:03
Last Modified:07 Feb 2017 08:04

Repository Staff Only: item control page