Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian terhadap peranan pihak pengurusan kolej kediaman dalam mempertingkatkan pembangunan pembelajaran pelajar : tinjauan di lima buah kolej kediaman di Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Tahir , Lokman and Mohd Nawi, Samsiha (2011) Penilaian terhadap peranan pihak pengurusan kolej kediaman dalam mempertingkatkan pembangunan pembelajaran pelajar : tinjauan di lima buah kolej kediaman di Universiti Teknologi Malaysia. UNSPECIFIED . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
144kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penilaian pelajar terhadap peranan pengurusan kolej kediaman dalam mempertingkatkan pembangunan pembelajaran di kolej kediaman. Kajian ini melibatkan 554 orang pelajar yang mewakili lima buah kolej kediaman di sekitar Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat empat aspek penilaian pelajar terhadap pembangunan pembelajaran di kolej kediaman yang dilihat iaitu tanggungjawab pihak pengurusan, peranan pengetua dan felo dalam mengggalakkan aktiviti, pengurusan kemudahan pembelajaran dan yang terakhir adalah kebajikan yang diberikan kepada penghuni kolej kediaman. Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alfa adalah 0.837. Sampel kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang menghuni di lima buah kolej kediaman yang akan dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A melibatkan latar belakang responden dan bahagian B melibatkan maklumbalas responden terhadap aspek pernyataan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 13.0). Data dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan . Hasil kajian menunjukkan responden memberikan maklumbalas yang sederhana terhadap peranan pihak pengurusan dalam mempertingkatkan pembangunan pembelajaran pelajar di kolej kediaman. Akhir sekali penyelidik menyarankan agar kajian dapat dijadikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam mengenalpasti keperluan kemudahan pembelajaran yang perlu diadakan di kolej kediaman bagi meningkatkan pembelajaran pelajar di universiti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12045
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Feb 2011 02:35
Last Modified:18 Feb 2011 02:35

Repository Staff Only: item control page