Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan laman web bagi matapelajaran Matematik Tambahan KBSM Tingkatan 5 bertajuk “Progressions” berdasarkan teori konstruktivisme dan pendekatan penyelesaian masalah

Md. Salleh, Shaharuddin and Mohd Taib, Siti Azaria (2011) Pembangunan laman web bagi matapelajaran Matematik Tambahan KBSM Tingkatan 5 bertajuk “Progressions” berdasarkan teori konstruktivisme dan pendekatan penyelesaian masalah. UNSPECIFIED . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
73Kb

Abstract

Pencantuman teknologi melalui jaringan komunikasi digital dan teknologi telah membenarkan pelbagai strategi pengajaran dilaksanakan. Seperti perkembangan teknologi dalam bidang lain, pendidikan melalui teknologi telah membuka mata pendidik dalam menyedari kepentingan penggunaannya, serta bagaimana ianyanya boleh diaplikasikan bagi tujuan pendidikan. Projek ini dilaksanakan bertujuan membangunkan laman web Matematik Tambahan Tingkatan Lima bagi tajuk Progressions. Teori pembelajaran konstruktivisme digunakan untuk menyampaikan isi kandungan tajuk kepada pengguna manakala Model pembangunan ADDIE diaplikasikan sebagai panduan bagi proses pembangunan perisian berasaskan laman web ini. Perisian berasaskan laman web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS 2 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat membantu pengguna untuk menambah kefahaman konsep dan kemahiran matematik bagi tajuk Progressions ini dengan baik disamping kebolehan menyelesaikan masalah dalam topik Progressions.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, Matematik Tambahan, KBSM, Progressions, teori konstruktivisme, pendekatan penyelesaian masalah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12043
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Feb 2011 02:27
Last Modified:18 Feb 2011 02:27

Repository Staff Only: item control page