Hashim, Shahrin and Marappan, Sara swathi Vani (2011) Kepuasan kerja dalam kalangan guru di sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Tamil) daerah Kulai. UNSPECIFIED . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
61kB |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja dari segi pekerjaan sebagai guru, peluang kenaikan pangkat, gaji, penyelia serta rakan sejawat. Kajian ini telah dijalankan ke atas 80 orang guru dari Sekolah Tamil di Daerah Kulai, Johor melalui kaedah soal selidik. Data yang telah dikumpulkan kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science version 11.5(SPSS) dalam bentuk kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian didapati bahawa tahap kepuasan kerja bagi guru-guru dari Sekolah Tamil Daerah Kulai adalah pada tahap sederhana tinggi bagi aspek pekerjaan sebagai guru(3.38), peluang kenaikan pangkat(3.30), , serta penyelia(3.52) manakala tahap kepuasan kerja responden adalah tinggi bagi aspek rakan sejawat(3.88). Dari segi gaji pula tahap kepuasan adalah rendah (2.94) Selain itu, kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan sebagai panduan organisasi kajian serta kajian akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kepuasan kerja, guru, sekolah kebangsaan, peluang kenaikan pangkat, gaji, penyelia, rakan sejawat |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 12041 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 18 Feb 2011 02:16 |
Last Modified: | 08 Oct 2017 04:29 |
Repository Staff Only: item control page