Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan bekerja di kalangan staf sokongan Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidkan, Universiti Teknologi Malaysia

Ismail, Sarimah (2011) Kepuasan bekerja di kalangan staf sokongan Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidkan, Universiti Teknologi Malaysia. UNSPECIFIED . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
48Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan bekerja di kalangan staf sokongan Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Seramai 5 orang staf sokongan dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan telah terlibat di dalam kajian ini. Temu bual digunakan sebagai instrumen kajian.. Data di kumpul secara berterusan sehingga mencapai titik ketepuan. Analisis data yang dilakukan secara manual dimulakan dengan temu bual, mentranskrip diikuti dengan mengintrepretasi data. Data yang telah diinterpretasikan kemudiannya melalui proses pengekodan terbuka (open coding), pengkodan axial (axial coding) dan pengkodan terpilih (selective coding). Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat dua faktor kepuasan bekerja iaitu persekitaran kerja dan pembangunan staf manakala tiga lagi faktor ketidakpuasan terdiri daripada pengurusan akademik, beban tugas dan peningkatan kerjaya. Secara keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan faktor ketidakpuasan bekerja melebihi faktor kepuasan yang berlaku di kalangan staf sokongan JPTK. Ini menunjukkan organisasi perlu memperbaiki kelemahan sistem pengurusan bagi mempertingkatkan kualiti kerja staf.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepuasan bekerja, staf sokongan, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12040
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Feb 2011 02:11
Last Modified:18 Feb 2011 02:11

Repository Staff Only: item control page