Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

“Uni–Aktif”: Pembinaan sistem pengurusan pangkalan data dan norma ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan, UTM Skudai.

Ismail, Muhamad Hafiz and Ab Rahman, Rusmaria (2011) “Uni–Aktif”: Pembinaan sistem pengurusan pangkalan data dan norma ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan, UTM Skudai. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
257kB

Abstract

“UNI-AKTIF” adalah satu sistem pengurusan pangkalan data yang digunakan untuk menganalisis data dan norma pelajar Sains Sukan UTM Skudai melalui ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan motor. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia ColdFusion MX 7. Manakala pangkalan data dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Access 2003. Sistem ini bertujuan untuk membangunkan pangkalan data bagi memudahkan proses menyimpan dan menganalisis data kecergasan fizikal berserta norma setiap komponen kecergasan fizikal. Terdapat 11 item ujian kecergasan yang diuji dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lima ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan enam ujian kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor. Pengklasifikasian norma diperolehi hasil daripada keputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur antara 20 – 30 tahun. Norma ujian yang ditetapkan mempunyai lima kriteria iaitu cemerlang, sangat baik, baik, sederhana dan lemah. Perisian ini merangkumi enam pautan utama iaitu halaman utama, prosedur ujian, norma ujian, daftar pelajar, keputusan ujian, laporan dan hubungi. Hasil kajian mendapati Sistem Pengurusan Pangkalan Data “UNI-AKTIF” ini dapat membantu dalam tugas – tugas merekod dan menganalisis data pelajar dan turut memudahkan para pensyarah Sains Sukan di IPTA khususnya di UTM melakukan pengujian dan berupaya mengenalpasti prestasi pelajar dengan pantas, tepat dan sistematik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Uni-aktif, pengurusan pangkalan data, analisis data, kecergasan fizikal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12036
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Feb 2011 01:45
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page