Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaplikasian perisian ASSETBase dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor

Boon, Yusof and Ahmad, Sahibul Bahrin (2011) Pengaplikasian perisian ASSETBase dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor. unspecified . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
74Kb

Abstract

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan Perisian Perakaunan ASSETBase mata pelajaran Prinsip Perakaunan bagi membolehkan guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan perisian tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, masalah dan kesanggupan guru-guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk mengaplikasikan Perisian Perakaunan ASSETBase dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian terdiri dripada 40 orang guru mata Pelajaran Prinsip Perakaunan di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Data kajian deskriptif ini dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden, Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Siences For Windows (SPSS) Version 15.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian mendapati pengetahuan dan kesanggupan responden untuk mengaplikasikan Perisian ASSETBase pada tahap yang tinggi, manakala aspek masalah pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dengan guru perempuan dari segi tahap pengetahuan, permasalahan dan tahap kesanggupan. Oleh yang demikian, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi kesedaran guru dalam mengaplikasikan Perisian Perakaunan ASSETBase dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian ASSETBase, prinsip akaun
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12035
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Feb 2011 01:43
Last Modified:17 Feb 2011 01:43

Repository Staff Only: item control page