Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Koswer pendidikan berbantukan komputer dengan menggunakan pendekatan teori pembelajaran Behaviorisme bagi topik Kebarangkalian 1

Abdullah, Zaleha and Muda, Ramlah (2011) Pembangunan Koswer pendidikan berbantukan komputer dengan menggunakan pendekatan teori pembelajaran Behaviorisme bagi topik Kebarangkalian 1. unspecified . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
276Kb

Abstract

Penggunaan komputer dalam pembelajaran atau Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan dalam usaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam matapelajaran Matematik dalam era perkembangan teknologi yang semakin pesat ini. Dengan bantuan komputer, para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas sesuatu konsep melalui teknologi yang disediakan dalam sistem komputer. Dalam pembangunan koswer ini, pembangun akan menyediakan satu koswer pendidikan berbentuk tutorial bagi topik Kebarangkalian 1 untuk para pelajar tingkatan empat. Pendekatan pembelajaran yang digunakan adalah berpandukan kepada prinsip teori pembelajaran Behaviorisme. Dalam pembangunan koswer ini, model Hanaffin & Peck menjadi landasan kepada pembangun bagi membangunkan sebuah koswer pendidikan yang bersifat interaktif. Aktiviti pembelajaran yang disediakan adalah berpusatkan kepada pelajar. Koswer ini dibangunkan menggunakan perisian Authorware 6.5 dengan bantuan beberapa perisian sokongan seperti Macromedia Flash MX, Sony SoundForge 6.0, Adobe Photoshop 7, dan Xara 3D Menu Maker. Bagi menarik minat pengguna untuk terus menggunakan perisian ini, elemen animasi 3D akan diaplikasikan untuk menarik minat serta sebagai unsur motivasi kepada para pelajar. Diharapkan koswer ini dapat membantu para pelajar menguasai keseluruhan isi pelajaran yang telah disediakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembangunan Koswer, pendidikan berbantukan computer (PBK), teori pembelajaran behaviorisme, kebarangkalian
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12034
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Feb 2011 01:42
Last Modified:17 Feb 2011 01:42

Repository Staff Only: item control page