Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet badminton SUKMA Johor 2008.

Ismail, Muhamad Hafiz and Ismail, Rahimi (2011) Kajian tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet badminton SUKMA Johor 2008. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
57kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet badminton SUKMA Johor 2008 serta mengetahui sama ada terdapat perubahan yang signifikan pada komponen kecergasan di antara ujian pra dengan ujian pos yang telah dijalankan. Beberapa ujian dilakukan bagi mengukur komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan iaitu Ujian Multistage Fitness Test, Ujian Push-Up, Ujian Sit and Reach dan Ujian Endurance Crunch bagi mengumpul data pra dan pos kajian. Subjek adalah terdiri daripada 4 orang atlet badminton wanita yang berumur antara 15 hingga 17 tahun. Data dan maklumat yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian program komputer iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS) 11.0 dan Microsoft Excel 2003. Ujian-t Sampel Berpasangan digunakan bagi mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian adalah p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan tiga ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan iaitu Ujian Multi-Stage Test p = 0.182, Ujian Push-Up p = 0.062 dan Ujian Sit and Reach p = 0.638 di mana ianya lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh itu, hipotesis null 1,2 dan 3 adalah diterima. Manakala bagi Ujian Endurance Crunch pula menunjukkan p = 0.041, di mana ianya lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian, hipotesis null keempat diterima

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kecerdasan fizikal, atlet badminton, SUKMA Johor
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12032
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Feb 2011 01:38
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page