Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan proses komunikasi guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah Daerah Tumpat, Kelantan.

Yasin, M. Al-Muz-Zammil and Sulaiman, Saidi (2011) Hubungan proses komunikasi guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah Daerah Tumpat, Kelantan. unspecified . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
118Kb

Abstract

Kajian yang telah dilaksanakan bertujuan untuk meninjau hubungan proses komunikasi guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah Daerah Tumpat, Kelantan. Seramai 86 orang responden telah memberikan maklumbalas kepada Soal Selidik yang mengandungi tiga bahagian berkaitan maklumat peribadi, proses komunikasi guru besar dan kepuasan kerja guru. Data terkumpul dianalisis dengan Statistik Deskriptif dan Inferensi Ujian Korelasi Pearson untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan perisian ”Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS Version 12.0). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach keseluruhan proses komunikasi yang diperolehi ialah 0.851 manakala nilai Alpha Cronbach bagi setiap dimensi yang dikaji ialah 0.785 (proses komunikasi menurun), 0.771 (proses komunikasi menaik) dan 0.797 (proses komunikasi mendatar). Dapatan kajian menunjukkan proses komunikasi menurun adalah proses komunikasi yang sering digunakan oleh Guru Besar dengan nilai min 4.00. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan korelasi yang signifikan di antara proses-proses komunikasi (menurun, menegak dan mendatar) dengan keseluruhan kepuasan kerja. Walaubagaimanapun terdapat hubungan korelasi yang signifikan di antara proses komunikasi menurun dengan aspek kepuasan kerja (rakan sekerja) tetapi lemah iaitu -0.244 pada aras signifikan 0.024. Juga terdapat hubungan korelasi yang signifikan di antara proses komunikasi menurun dengan aspek kepuasan kerja (rakan sekerja) yang lemah iaitu -0.280 pada aras signifikan 0.009. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa seramai 98.84 peratus responden berada pada tahap sederhana manakala hanya 1.16 peratus responden sahaja berada pada tahap tinggi bagi keseluruhan tahap kepuasan kerja. Kajian lanjutan perlu dijalankan bertujuan untuk meningkatkan proses komunikasi berkesan dan kepuasan kerja yang tinggi dimana beberapa cadangan telah disarankan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:proses komunikasi, guru besar, tahap kepuasan kerja
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12031
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Feb 2011 01:37
Last Modified:17 Feb 2011 01:37

Repository Staff Only: item control page