Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan di antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Batu Pahat

Mohd. Kosnin, Azlina and Ahmad, Rohana (2011) Hubungan di antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Batu Pahat. unspecified . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
59Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres , tahap kepuasan kerja dan hubungan stres dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di Daerah Batu Pahat. Ia juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap stres dan kepuasan kerja berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu jantina, pengalaman menjadi guru besar dan jenis sekolah. Tahap stres juga dilihat dari tiga aspek iaitu simptom fizikal, psikologikal dan tingkahlaku. Bagi kepuasan kerja ia dilihat dari aspek-aspek pencapaian, pengiktirafan, kenaikan pangkat, pekerjaan, hubungan interpersonal, gaji, penyeliaan dan suasana tempat kerja. Kajian ini melibatkan seramai 108 orang guru besar dari sekolah-sekolah rendah di Daerah Batu Pahat, Johor. Data-data diperoleh dengan menggunakan kaedah soal selidik dan diproses menggunakan kaedah "Statistical Package For The Social Science (SPSS)" versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap stres yang dialami oleh guru-guru besar di Daerah Batu Pahat pada keseluruhannya berada pada tahap rendah dan bagi tahap kepuasan kerja, ia berada pada tahap sederhana. Daripada tiga aspek stres yang dikaji, hanya stres daripada aspek simptom fizikal menunjukkan tahap sederhana manakala bagi aspek symptom psikologikal dan tingkahlaku menunjukkan tahap rendah. Bagi aspek-aspek kepuasan kerja, semua aspek menunjukkan tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap rendah dan songsang di antara stress dengan kepuasan kerja (r=-0.31). Bagi faktor-faktor demografi, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres dan tahap kepuasan kerja terhadap semua faktor yang dikaji. Hasil kajian ini diharap dapat memberi sedikit panduan dan perbandingan bagi kajian-kajian seterusnya .Beberapa cadangan untuk kajian selanjutnya juga disarankan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:stres kerja, kepuasan kerja, guru besar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12030
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Feb 2011 01:35
Last Modified:17 Feb 2011 01:35

Repository Staff Only: item control page