Morazuki, Syahrul Ridhwan and Abu Bakar, Omar Nor (2011) Perbandingan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga dan silat seni negeri Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
51kB |
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk membuat pembandingan tahap kekuatan mental antara atlet lelaki dan perempuan dalam kategori silat olahraga dan silat seni untuk Majlis Sukan Negeri Johor. Seramai 27 orang atlet (16 Lelaki, 11 Perempuan) menjawab borang soal-selidik yang merangkumi 5 kriteria kekuatan mental iaitu kebolehbalikkan, kebolehan terhadap penumpuan, keyakinan dan tahap motivasi. Berdasarkan purata markah bagi semua subjek didapati tahap kekuatan mental atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga adalah rendah dan silat seni adalah sederhana. Analisis ujian-t tidak bersandar menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan bagi acara silat olahraga dan silat seni untuk semua kriteria kekuatan mental kecuali kriteria motivasi bagi acara silat seni (p<0.05). Kesimpulannya, kajian ini mendapati atlet silat olahraga dan silat seni mempunyai tahap kekuatan mental yang rendah.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | tahap kekuatan mental, atlet lelaki, atlet perempuan, silat olahraga, silat seni |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 12021 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 16 Feb 2011 05:11 |
Last Modified: | 08 Feb 2017 04:14 |
Repository Staff Only: item control page