Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesesuaian pembelajaran terarah kendiri yang diterapkan di dalam perisian matematik tingkatan satu bagi tajuk nombor negatif terhadap kepelbagaian kecerdasan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak

Abdullah, Zaleha and Jamaludin, Nurul Liyana (2011) Kesesuaian pembelajaran terarah kendiri yang diterapkan di dalam perisian matematik tingkatan satu bagi tajuk nombor negatif terhadap kepelbagaian kecerdasan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
58kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian penggunaan pembelajaran terarah kendiri dalam perisian Matematik Tingkatan Satu bagi tajuk nombor negatif terhadap kepelbagaian kecerdasan pelajar. Perbincangan tertumpu kepada kesesuaian pembelajaran terarah kendiri bagi setiap kecerdasan pelajar dan kelemahan pengaplikasian perisian Matematik tersebut. Pengkaji menggunakan persampelan rawak mudah untuk memilih 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data dan kaedah temubual digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada guru yang terlibat. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.0 For Windows untuk mendapatkan peratusan, min dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan persekitaran pembelajaran yang melibatkan elemen multimedia seperti video, audio dan animasi memberikan nilai min tertinggi iaitu 4.07. Pembelajaran terarah kendiri yang diaplikasikan dalam perisian ini dapat memudahkan responden membuat penerokaan ke semua isi kandungannya dengan nilai min yang diperolehi ialah 3.77. Penggunaan pendekatan pembelajaran terarah kendiri yang diterapkan di dalam perisian ini sesuai digunakan sebagai pendekatan pembelajaran jika kelemahannya diperbaiki dan pelajar serta guru memahami kelebihannya dalam proses pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesesuaian, pembelajaran terarah kendiri, perisian Matematik, nombor negatif, kepelbagaian kecerdasan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12017
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Feb 2011 05:00
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page