Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan latihan Pliometrik terhadap prestasi atlet kayak

Harun, Hafizah and Sabdin, Nurul Sa’adah (2011) Kesan latihan Pliometrik terhadap prestasi atlet kayak. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
132kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menguji kesan latihan pliometrik terhadap kekuatan otot dalam mempengaruhi prestasi atlet kayak. Sepuluh orang atlet kayak lelaki berusia (mean?}sp) 20.6?}0.52 tahun dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan (kumpulan A, B dan kawalan). Kumpulan A menjalani gabungan latihan rutin dan latihan pliometrik (baling bola dengan satu tangan dan baling bola dari sisi ke sisi dengan dua tangan). Kumpulan B menjalani gabungan latihan rutin dan latihan pliometrik (baling bola aras dada dan tekan tubi pliometrik) manakala, kumpulan kawalan hanya menjalani latihan rutin. Subjek menjalani ujian Cable Seated Row dan ujian masa Kayak Pecut 15 Meter sebelum (pra) dan selepas (pos; setelah menjalani latihan selama enam minggu). Dua bentuk analisis statistik iaitu deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data mentah yang diperolehi. Ujian Cable Seated Row menguji kekuatan otot manakala, ujian Kayak Pecut 15 Meter menguji tahap kelajuan. Kumpulan A dan B menunjukkan perubahan yang signifikan (p?0.05) dalam Ujian Cable Seated Row. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan catatan masa.bagi ketiga-tiga kumpulan; A, B dan Kawalan dalam ujian masa Kayak Pecut 15 Meter. Walaupun analisa data menunjukkan tiada perubahan prestasi yang signifikan tetapi pengurangan catatan masa kumpulan A (-8.59%) dan B (-1.61%) jelas meningkat. Kesimpulannya latihan pliometrik boleh digabungkan dengan latihan kayak rutin untuk meningkatkan kekuatan otot atlet kayak dan seterusnya memberi pengaruh yang positif terhadap prestasi mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:latihan pliometrik, atlet kayak
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12016
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Feb 2011 04:58
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page