Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan latihan pliometrik untuk perejam sepak takraw

Harun, Hafizah and Ghani, Mohd. Azrul Fajri (2011) Keberkesanan latihan pliometrik untuk perejam sepak takraw. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
46kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan latihan pliometrik ke atas pemain yang berposisi perejam dalam sukan sepak takraw. Subjek terdiri daripada lapan orang pemain lelaki perejam sepak takraw berumur diantara 20 hingga 26 tahun yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan kawalan(K)(N=2), kumpulan latihan pliometrik ‘Single Leg Lateral Box Jump’(SLLBJ)(N=3) dan kumpulan latihan pliometrik ‘Tuck Jump’(TJ)(N=3). Tempoh latihan pliometrik yang dijalankan adalah selama enam minggu. Untuk menilai keberkesanan latihan atau tanpa latihan; ujian ‘Rejaman Maksimum Bola Statik’(RMBS) dijadikan pengukur tahap ketinggian rejaman. Data di analisa menggunakan Microsoft Office Excel 2003. Analisa data ujian RMBS mendapati skor ujian pra (mean ± SD) bagi SLLBJ, 40.50cm ± 30.41; TJ, 32.50cm ± 20.51; K, 14.00cm ± 14.14 dan ujian pos (mean ± SD) SLLBJ, 49.00cm ± 32.53; TJ, 32.00cm ± 21.21; K, 15.50cm ± 12.02, menunjukkan peningkatan sebanyak 20.99%, 0.76% dan penurunan -1.54% bagi kumpulan SLLBJ, K dan TJ. Daripada dapatan kajian, latihan pliometrik SLLBJ sesuai diadaptasikan kepada pemain berposisi perejam sepak takraw dalam menambahkan kuasa eksplosif dan membantu meningkatkan keupayaan lompatan dalam melakukan rejaman.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:latihan pliometrik, perejam sepak takraw
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12015
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Feb 2011 04:56
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page