Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah, Melaka

Said, Hamdan and Abdul Rasid, Rahimah (2011) Amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah, Melaka. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
55kB

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas 16 buah sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; dan mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru dari segi meningkatkan kualiti pengajaran, memperkukuh hubungan profesionalisme, perkongsian pengalaman dan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses pengajaran. Seramai 315 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan Alpha Cronbach untuk Bahagian B ialah 0.9143 dan Bahagian C ialah 0.8992. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis menggunakan perisian Statistitical Package For Sosial Sciences (SPSS). Min, kekerapan dan peratusan digunakan dalam menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi kualiti guru, memperkukuh hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:amalan penyeliaan pemgajaran, pembelajaran, sekolah kebangsaan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12014
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Feb 2011 04:54
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page