Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penambahbaikan perisian pembelajaran matematik berbantukan komputer bertajuk ‘Decimals’ Tingkatan 1

Md. Salleh, Shaharuddin and Mohd Samidi, Nurul Akhmal (2011) Penambahbaikan perisian pembelajaran matematik berbantukan komputer bertajuk ‘Decimals’ Tingkatan 1. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
191kB

Abstract

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk penambahbaikan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam tajuk Perpuluhan bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu yang telah dibangunkan oleh Fakhrurrazi bin Ahmad dalam versi pertama sebelum ini. Kriteria-kriteria yang memerlukan pembaikan dalam aplikasi sebelum ini terbahagi kepada dua iaitu dari segi teknikal dan pedagogi. Menerusi hasil analisa hasil kajian rintis yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Sri Tanjung, Benut, melalui perisian Statistical Package of the Social Sciences (SPSS) for Windows versi 10.0, didapati criteria teknikal dari segi kemudah-belajaran dan kemudah-ingatan, kawalan pengguna, bantuan, rekabentuk grafik, keberkesanan, kesilapan-kesilapan dan pengisian ingatan memerlukan pengubahsuaian apabila mempunyai nilai purata (min) antara tiga hingga empat, iaitu kurang setuju sehingga setuju. Manakala bagi kriteria dari segi pedagogi pula, kriteria-kriteria dari segi pengajaran secara kooperatif dan kolaboratif, orientasi matlamat, aplikasi, nilai murni, motivasi, nilai pengetahuan sedia ada, fleksibel dan maklum balas memerlukan pengubahsuaian apabila mempunyai nilai purata (min) antara tiga hingga empat, iaitu kurang setuju sehingga setuju. Reka bentuk penambahbaikan perisian ini dibangunkan semula berlandaskan kepada Model Kirkpatrik, Model Dick dan Reiser serta Model ADDIE. Perisian ini telah dibangunkan semula dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisianperisian lain seperti Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS, Xara Menu Maker 1.0 dan Sony Sound Forge 8.0. Adalah diharapkan perisian ini dapat membantu para pelajar memahami dan menguasai mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penambahbaikan, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), Perpuluhan, Matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12012
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Feb 2011 04:46
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page