Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan perisian multimedia menggunakan strategi pembelajaran berasaskan situasi bagi tajuk teknologi animasi digital

Harun, Jamalludin and Mohd Zaid, Nurul Ain (2011) Pembangunan perisian multimedia menggunakan strategi pembelajaran berasaskan situasi bagi tajuk teknologi animasi digital. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
128kB

Abstract

Tujuan projek ini dilakukan ialah untuk merekabentuk dan membangunkan aplikasi multimedia yang menggunakan strategi pembelajaran iaitu pembelajaran berasaskan situasi yang dicadangkan oleh Herrington et al.,(2000). Pembelajaran berasaskan situasi ini diaplikasikan ke dalam perisian dengan menyediakan konteks autentik dan aktiviti yang menjadi asas dalam proses pembelajaran. Selain daripada pembelajaran berasaskan situasi, konsep peta minda yang dicadangkan oleh teori pembelajaran neurosains juga turut diintegrasikan ke dalam perisian ini. Proses pembangunan perisian ini adalah berdasarkan kepada model rekabentuk system instruksi iaitu model ADDIE yang akronim untuk analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Topik yang dipilih untuk projek ini ialah Teknologi Animasi Digital untuk tahap pelajar pra-graduan. Macromedia Authorware telah dipilih sebagai perisian utama untuk menghasilkan aplikasi multimedia dan juga disokong oleh perisian multimedia lain seperti Macromedia Flash and Adobe Photoshop. Akhir sekali, diharapkan ini dapat membantu mempromosikan pembangunan aplikasi multimedia yang lebih interaktif dan aktif terutama bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian multimedia, strategi pembelajaran, teknologi animasi digital
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12011
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Feb 2011 04:39
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page